Thursday, April 16, 2009

010409

Berlalu sudah 6 purnama...



Yang
selama 6 purnama ini,
saya ingin mengucapkan,

terima kasih kerana
mengenalkan diri saya pada awak,
dari itu saya kenalkan sayang dan cinta saya pada awak,
seikhlasnya.

terima kasih kerana
berkongsi air mata,
berkongsi hilai tawa,
dan semuanya yang indah belaka.

terima kasih kerana
telah mengubah hidup saya,
mengenalkan saya pada kenyataan,
mengenalkan saya pada dunia luar ini,
mengenalkan saya pada Tuhan.
tanpa diri awak, tidak mungkin saya dapat mengenali ini semua.

terima kasih kerana
memahami isi hati saya,
mengambilnya, dan menyimpannya
dalam peti hati awak.

terima kasih kerana
telah membelai saya, dan
melentur ego saya,
dan ketika saya kehausan manja,
awak curahkan secangkir gurauan mesra.

terima kasih kerana
saya telah mengenali erti terima kasih
dalam sebuah perhubungan.

Yang
selama 6 purnama ini.

-Zulkifli.H







No comments: