Thursday, April 1, 2010

Diam.

Diam, aku kata diam!
.
Ada orang tak tau diam;
Mulutnya membebel, tak berhenti, tak tahu makna diam.
.
Ada orang pula tidak tahu duduk diam.
Merayap merayau ke sana sini, pantat tak tahu diam.
.
Ada pun orang yang pura-pura diam;
kerana takut, kerana patuh, kerana entah apa sebabnya, dia terus diam.
.
Ada juga yang secara semula jadi pendiam;
tanyalah apa jawapan sekalipun, mungkin dia senyum, namun dia tetap diam.
.
Ada pula yang terdiam membisu seribu bahasa;
terperanjat, terkejut, tidak tersangka, sehingga lidah kelu berkata-kata, maka dia pun diam.
.
Ada juga yang mendiamkan diri;
tidak mahu tidak rela mengundang fitnah salah faham, ikut pesan nabi lebih baik diam.
.
Ada bemaksudkan diam tanda setuju;
Tunduk tanda malu, maka apa-apa keputusan pun bererti ya, setuju, selagi kau diam.
.
Kalau kena diam membatu;
berbuallah kau dengannya, lebih baik layankan tembok, kerana sama-sama tidak beremosi, sama-sama diam.
.
Mungkin aku yg patut diam.
kerana selama ini aku bising sangat. seminit pun tak tau diam.
Mungkin aku yang patut diam, buang ezlink, jangan merayap ke mana-mana lagi, duduk rumah diam-diam.
.
Mungkin juga aku pura-pura diam;
kerana takutkan, segan atau tunduk patuh, maka aku harus diam.
.
Ataupun aku seharusnya menjadi pendiam;
walhal sebenarnya aku ni memang pendiam orangnya.
.
Aku mungkin terdiam;
kalau ada yang benar-benar bersungguh2, dengan entah apa kuasa, dapat melenyapkan sesuatu dalam sekelip mata.
.
Mungkin lebih baik mendiamkan diri;
maka tidak menimbulkan fitnah atau buruk sangka, senyum kambing sepenuh masa.
.
Atau berangguk-angguk diam;
layankan setiap gerak geri, biarlah biarkan apa sahaja; apa nak jadi, jadilah...
.
Namun tidak mudah untuk aku diam membatu;
kerana aku masih punyai perasaan. hatiku berdegup darah merah, bukan seketul batu simen dan bancuhan air tanah.
.
Diam membawa seribu makna tersirat. Bila kesabaran tergugat, terdiam tecegat.
jangan sampai ku perlu ulangi, sesal kemudian tiada berguna lagi.
...
..
.
``Mat Jenin

No comments: